Pensejarahan Khoo Kay Kim, tradisi pensejarahan di

Pensejarahan atau dengan nama lain ia dikenali
sebagai historiografi seperti yang dinyatakan di dalam Kamus Dewan Edisi ke – 4
yang membawa maksud ‘Karya atau penulisan berkaitan dengan sejarah’. Pensejarahan
boleh ditakrifkan sebagai “hasil karya atau penulisan yang ditulis oleh ahli
sejarah atau sejarawan”1. Sejarawan akan mengkaji dan menyelidik
tentang zaman, masyarakat, peristiwa yang telah berlaku dan akan menghasilkan
penulisan pensejarahannya. Sejarawan melakukan kajian dalam bidang atau
mengikut kepakaran masing-masing seperti bidang politik, ekonomi, ketenteraan,
sains politik. Kajian sejarah menekankan aspek seseorang sejarawan
mencari kebenaran dan sentiasa mematuhi tatacara (etika) penyelidikan serta
bersikap kritis2. Justeru,
konsep Pensejarahan Malaysia merujuk kepada hasil karya atau penulisan yang
berkaitan dengan sejarah asal usul Malaysia, peristiwa-peristiwa lampau yang
direkod melalui pelbagai kaedah contohnya dokumen, video, audio daripada
sumber-sumber lisan dan sumber bertulis.

Manakala, Pensejarahan Malaysia juga merujuk kepada karya-karya
sejarah mengenai sama ada keseluruhan Malaysia atau satu bahagian yang
terkandung dalam entiti politik di Negara Malaysia. Sejarah Malaysia bermula
lebih kurang pada abad ke-15 iaitu sesuai dengan masa adanya karya-karya
sejarah dalam erti kata yang lebih tepat tulisan itu pada umumnya tertumpu
kepada Kesultanan Melayu Melaka dan dikenali sebagai “Sejarah Melayu”. Setelah
wujudnya sejarah Melayu, wujud pula perkara tersebut yang diistilahkan sebagai
Pensejarahan  Malaysia walaupun sebelum
itu telah wujud beberapa karya penulisan sejarah tentang Malaysia. Sejarah
Raja-raja Riau, Syair Perang, Siak, Salasilah (Raja-Raja Brunei, Hikayat raja-raja
Pasai dan Hikayat Petani merupakan karya-karya sejarah yang juga menyentuh
tentang Malaysia. Menurut Khoo Kay Kim, tradisi pensejarahan di Malaysia telah
bermula pada kurun ke-16 manakala Muhammad Yusof Hashim menegaskan bahawa
pensejarahan negara harus bermula dengan tradisi Melaka. Para sejarawan juga
bersetuju bahawa proses pensejarahan Malaysia pra-merdeka berkembang dalam dua
tahap perkembangan iaitu tahap pertama pensejarahan Malaysia bermula pada zaman
feudalisme Melayu manakala tahap kedua pensejarahan Malaysia pula bermula
dengan pensejarahan moden yang bersifat

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

1.
Muhd. Yusof Ibrahim dan Mahayuddin Haji Yahaya, Sejarawan dan
Pensejarahan: Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1988, hlm. 1

2. Abdullah
Zakaria Ghazali, “Etika dalam Penulisan Sejarah” dalam Bengkel Pasca
Siswazah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, 19 Ogos 2006, hlm. 3-14

 

Euro-centric yang dicatatkan oleh sejahrawan British
di Tanah Melayu. Selepas era kemerdekaan negara pula, perkembangan pensejarahan
Malaysia yang baharu telah muncul dengan kehadiran para sejahrawan tempatan
yang lebih bersifat Malaysia-centric.