Masalah bapa semasa proses sosialisasi sejak anak-anak

Masalah
sosial? Apa yang dimaksudkan dengan masalah sosial ini? Secara ringkasnya,
kajian-kajian sebelum ini menyatakan masalah sosial menunjukkan gejala-gejala
atau tingkah laku-tingkah laku yang tidak diingini oleh masyarakat. Malah masalah
sosial sebenarnya sentiasa wujud dari dahulu hingga kini cuma isunya sahaja
yang berlainan. Masalah sosial di kalangan remaja dan pelajar-pelajar sekolah
yang melanda masyarakat dan negara semakin meruncing dan amat membimbangkan,
golongan remaja dan pelajar adalah aset negara dan pemimpin di masa hadapan.Malah
 remaja sangat diperlukan oleh masyarakat
dan negara kerana golongan ini merupakan pemangkin kepada pembangunan negara. Mereka
merupakan golongan yang paling berharga serta harta yang tidak ternilai. Masa
depan negara terletak di tangan remaja kini. Seperti pepatah menyatakan ‘rosak
remaja, pincanglah negara’. Kita tidak mahu keadaan ini berlaku. Masalah
Masalah sosial yang melanda remaja pada masa kini jelas makin hari makin
membimbangkan. Menurut Abd. Rahim (2006), golongan remaja menyesuaikan dirinya
dengan faktor-faktor persekitaran keluarga, persekitaran sosial dan budaya yang
akan mencorakkan perkembangan tingkah laku mereka. Memandangkan remaja
merupakan aset kekayaan semulajadi negara dan bakal memainkan peranan penting
dalam mencorakkan masa depan politik, ekonomi dan kemasyarakatan di negara kita.   Ibu bapa memainkan peranan penting dalam
pembentukan tingkah laku anak-anak. Nilai dan norma dalam masyarakat biasanya
dipupuk oleh ibu bapa semasa proses sosialisasi sejak anak-anak masih kecil.
Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius
terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak
mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan
mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik.  Ikatan kasih sayang, kemesraan dan perhatian
serta kawalan daripada ibu bapa dapat mengelakkan anak-anak daripada melakukan
perkara yang melanggar nilai dan norma masyarakat. Namun, pembabitan anak-anak
dalam tingkah laku delinkuens sedikit sebanyak adalah juga berpunca daripada
ikatan dan kawalan ibu bapa yang lemah. Kajian yang dijalankan ke atas 80
remaja berusia antara 13-18 tahun di Pusat Khidmat Kebajikan Juvana, Alor
Setar, Kedah ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara
ikatan dan kawalan ibu bapa terhadap tingkah laku delinkuens remaja (p < 0.05). Selain itu, terdapat juga perkaitan di antara faktor demografi ibu bapa iaitu pendapatan, pendidikan dan status perkahwinan ibu bapa dengan tingkah laku delinkuens anak-anak (p<0.05). Oleh itu, dikemukakan beberapa langkah ke arah melahirkan kualiti hubungan di antara ibu bapa dan anak-anak agar susana kekeluargaan yang dibentuk dapat menghindar anak-anak daripada terlibat dalam tingkah laku yang tidak betul. Mengikut analisis yang pernah dibuat didapati faktor utama responden terlibat dalam masalah sosial adalah disebabkan keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru yang tidak pernah mereka lakukan. Ini juga menunjukkan ia mempunyai peratusan yang agak tinggi berbanding aspek-aspek lain. Kemungkinan ini berlaku pada usia remaja, mereka mengalami perubahan dari segi peningkatan usia, pemikiran dan keadaan sekeliling. Semasa melalui proses-proses perkembangan pada keadaan sekeliling, akan wujud perkara-perkara yang tidak pernah mereka lihat atau alami. Ini mengalahkan  remaja untuk mencuba perkara-perkara yang tidak pernah mereka alami.